Klik Nuffnang Ads

Tuesday, February 22, 2011

INI BUKAN INFO BASI

Assalamualaikum....

Ahad lepas aku baca kat Berita Harian tentang kosmetik tiruan yang banyak terjual secara terbuka kt Malaysia ni. Merata-rata dan bersepah. Pompuan sekarang kalo nak cantik kadang-kala tak mo pikir panjang. Asal nampak murah dan berjenama je, terus nak beli. Asal ade duit lebih sikit je, mula la gatal tangan nak shopping kosmetik. Hangpa tau tak kosmetik tiruan berjenama terkenal yang dijual dengan harga murah tu merbahaya pada kesihatan? Boleh menyebabkan kanser atau alahan kulit yang teruk dowh! (Ni bukan ayat garang, cuba baca dengan intonasi manja2!)

Tapi aku pun berhati girang juga bila tengok eyeshadow, eyeliner, blusher berjenama dan murah-murah kat pasar malam, expo atau kat Jalan Chow Kit. Rambang mata nak usha-usha. But syukur la aku tak terfikir langsung nak beli benda murahan tu. (“,)
Ya, betul ada di kalangan kita tak mampu nak beli MAC, LANCOME, ANNA SUI yang original, tapi kan kite boleh guna Elianto, The Face Shop, The Body Shop, Maybelline atau Avon. Mampu milik juga tu.

Dari pembacaan aku lagi, Kementerian Kesihatan tak dapat nak membanteras perkara ni kalo kita sebagai pengguna tak paham betapa bahaya dan berisikonya kosmetik cam gini. So kepada insan terpilih yang membaca entry nie, sama-sama lah kita jauhi diri kita dari membeli kosmetik tiruan yang ada kat pasaran gelap atau pasaran terang sekali pun. Sayang diri sendiri la der!

Prinsip aku senang, biar habis duit beli bedak mahal tapi hati rasa puas dari beli bedak tiruan tapi dapat penyakit dan muka bertompok-tompok.



aku pegi dating pun pakai bedak juga.





For more info : www.pharmacy.gov.my atau www.bpfk.gov.my


Terima Kasih sebab terbaca entry ni. Bubye!

4 comments:

  1. Elianto best oooo sebab MURAH. hahaha.
    Neway, diorang sendiri dah tau product tu tiruan tapi still nak beli jugak. Haih...pelik. -.-"

    ReplyDelete
  2. xphm mcm ne dorg leh terpk nk bli produk ciplak camtu

    jemput singgah blog fda yea

    ReplyDelete
  3. thank you akak singgah blog saye..ye,kita kene confident dgn diri sendiri.akak cantek laaaaa!

    ReplyDelete
  4. akak cantek laaa! thank you for your comment in my blog....kite kene confident dgn diri sendiri.

    ReplyDelete