Klik Nuffnang Ads

Tuesday, December 25, 2012

GULAI NENAS IKAN MASIN + UDANG

Hidangan untuk 2-3 orang


BAHAN-BAHAN: 
Nenas madu di belah dua.
Buangkan duri dan potong kecil
Santan cair secawan (beli yang RM1 seplastik di pasar)
1 helai daun kunyit disiat

2 keping asam keping
air jika perlu
garam dan gula secukup rasa
6-7 hirisan ikan masin kurau direndam dalam air terlebih dahulu
6-7 ekor udang saiz L


Bahan untuk dikisar :-)
bawang merah 4-5 biji
bawang putih 2-3 ulas
1 hirisan nipis lengkuas
sebijik buah keras
seinci kunyit hidup
2 @cili merah dan 4 @cili padi
2 batang serai


cara membuat:
masukkan nenas madu, bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
didihkan diatas api sederhana.
gaul sehingga rata dan masuk kan santan + air (jika perlu)
masukkan ikan masin dan udang. gaul dan biarkan hingga mendidih.
masukkan asam keping, garam, gula secukup rasa.
akhir sekali masukkan daun kunyit
kacau sekali skala dan agak-agak dah masak boleh la tutup api.

resepi diadaptasi dari blog pakcik mat gebu.
betul la orang cakap, perempuan dah kahwin ni suka cuba resepi untuk bagi suami makan. heeeeeee.....


3 comments:

  1. Hebat nie pandai masak. huhu. Untung suami nanti

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Pagi-pagi dah dihidangkan mata dengan makanan sedap. :)

    ReplyDelete
  3. hei hei. terliur tengok ni. arghhhh...

    ReplyDelete