Klik Nuffnang Ads

Monday, June 10, 2013

AYAM TEMPAYAN VERSI SAYA

bulan ramadhan dah hampir menjelma. jadi nak share makanan kat bazar ramadhan yang aku pernah beli. sebenarnya ayam tempayan ni aku beli masa bulan puasa tahun lepas di bazar ramadhan kelana jaya. berdekatan dengan kompleks tabung haji. tengok keadaan masa tu ramai orang beratur untuk beli ayam tempayan ni. so akak aku teruja nak rasa kesedapannya.
 bulan puasa dan sifat teruja memang tak dapat dipisahkan.
we all pun turut sama beratur. tapi we all beli separuh je. 

 macam tempayan nak perah soya untuk buat kicap


berkobar-kobar nak makan masa berbuka.
namun demikian (wah skema ayt) sangat kecewa bila ayam ni dah masuk ke mulut. 
erk....pada pendapat aku, tak tahu tang mana yang sedapnya sampai orang beratur panjang-panjang.
udah la takde rasa rempah ke apa. tawar semata-mata.
bila dok kunyah dan sampai ke tekak,
 rasa macam ayam busuk. cium dengan hidung, bau busuk macam ayam lama juga.
sos pencicah pulak rasa hangit semacam. mujur beli separuh je. tapi rasa menyesal la juga. membazir duit je.

tahun ni tak mo beli dah.

No comments:

Post a Comment