Klik Nuffnang Ads

Tuesday, April 26, 2016

PANCAKE UNTUK TODDLER

MARI BUAT PANCAKE MUDAH UNTUK ANAK-ANAK ANDA

RESEPI INI SESUAI UNTUK TODDLER BERUSIA 1 TAHUN KEATAS. 
YANG ADA GIGIT DAN PANDAI KUNYAH2. NYUM2 JE. MUAHAHAHHA.....

BAHAN-BAHAN:
-1 cawan tepung gandum (saya ayak tepung ni/tak ayak pun takpe)
-1 cawan fresh milk (kalau takde, guna 1 cawan air masak)
-1 biji telur (tak kisah gred apa. abaikan jika anak alergi telur)
-1 sudu kecil baking powder
-2 sudu besar gula atau madu atau setitis stevia
-1 sudu kecil esen vanila (nak bagi wangi)
-2 sudu besar minyak jagung atau minyak zaitun atau minyak masak biasa

CARA-CARA:
-blend @ kacau gaul semua bahan di atas sampai sebati dan gebu.
-masak di dalam kuali non stik. tak perlu letak minyak dalam kuali.
-tetapi kalau guna kuali biasa, cuma lap-lap saja permukaan kuali dengan sedikit minyak.
-biarkan permukaan pancake bergelembung, terbalikkan. tunggu agak kekuningan dan sedia untuk
di hidang.
-mak budak pun boleh makan.


pamcake yang guna sukatan cawan ni mudah dan ringkas je. boleh dapat 4-5 keping untuk adunan yang aku bagi ni.
 Pancake versi mak budak

Pancake versi anak kecil

No comments:

Post a Comment