Klik Nuffnang Ads

Sunday, May 8, 2016

JENAMA TUDUNG BAWAL TERKENAL DI MALAYSIA

Tudung bawal biasanya diperbuat dari japan cotton voile yang lembut dan sejuk bila pakai. Walaupun instant shawl jadi pilihan sekarang, Tudung bawal pun masih ada tempat bagi peminat tudung.

Jom tengok beberapa nama jenama tudung bawal yang femes amos di Malaysia sekarang. Senang cakap, kategori bawal yang ramai peminat la.
Cekedauuu......




1. AIDIJUMA
Harga mampu milik, corak cantik-cantik dan kain yang berkualiti tapi bergantung pada harga la.
Concept store dan reseller pun dah merata di Malaysia sekarang ni. Tetapi bila dah terlalu ramai yang pakai tudung ini rasa dah tak rare lagi. Kikikiki....










2. ANAQEEN
Harga dan kualiti kain setaraf. Corak pun cantik ada juga corak kanak-kanak. Tapi modelnya bermake up tebal sangat. Sakit mata tengok. Google website diorang jom!







3. KEKABOO
Harga cantik, corak macam tiru AIDIJUMA sikit-sikit. (Tah-tah kilang kain yang sama)
Material kain pun not bad. Ada jual jenis plain ada batu swaroski. Tengok di FB dan website diorang untuk tahu nak beli kat mana ya! Senang bentuk walau tak iron.




4. BAWAL EXCLUSIVE
Harga paling murah RM40+ hingga keribuan ringgit. Jadi pilihan golongan mak datin dan VVIP.
Orang biasa pun ada pakai juga. Sebab batu-batunya cantik dan tak mudah tanggal. Kalau masuk mesin basuh pun tak tanggal batu swarovskinya. Tapi aku kurang suka jahitan tepi tudungnya. Nampak tak kemas dan ketat. Boleh custom made gitu.






5. BAWAL RATU
Sama konsep macam bawal exclusive. Guna batu swarovski juga. Susun Corak batu pun pelbagai. Harga berdasarkan berapa banyak batu swarovski dan saiznya sama macam bawal exclusive juga. Jahitan tepi tudung yang kemas. Boleh tengok IG diorang untuk cuci mata. Whassap pun diorang balas dalam masa 24 jam.










1 comment:

  1. Sejak jadi mak nie, dah x pernah pakai tudung bawal.. Selalunya tudung mesti sarung je.. Skrg upgrade sikit pakai Shawl.. tapi still instant.. kikikiki..

    ReplyDelete