Klik Nuffnang Ads

Sunday, May 1, 2016

Pengalaman ke trial kelas EXCEL QHALIF

Hai semua!
Harini aku nak share pengalaman ke trial kelas di EXCEL QHALIF, jalan reko kajang. Pusat ini, berdekatan dengan econsave.

Aku tahu pasal kelas ni pun melalui satu group di facebook. Lepas tu aku google website pusat excel qhalif ni. Ada trial kelas yang terdekat. Aku pun booking dengan ikut arahan yang di beri dalam website tersebut. Bayaran cuma rm30 untuk satu jam (trial kelas ok!). Boleh rujuk website excel qhalif untuk lebih lanjut ya. Siap dapat sms remainder lagi.

Aku saja je nak try playgroup ni memandangkan anak aku masih di bawah jagaan pengasuh. Nak bagi dia bergaul dengan budak yang dikenali.

Kelas kat sini memang memerlukan salah sorang ibu atau ayah untuk turut serta dalam sesi pembelajarannya. Teacher pun ramah dan senyum je.




Mula-mula sesi nyanyi2, lepas tu sesi main2 ala sukaneka. Merangkak dalam lubang dan berjalan atas titi. Macam2 perangai budak-budak yang ada kat sini. Mak ayah pun penat layan anak diorang. Lepas tu ada sesi mewarna dan last sekali ada taklimat pasal kelas sebenar di sini. Terpulang sapa nak daftar boleh daftar. Taknak boleh balik.

So far aku puas hati la dapat bagi anak aku join kelas macamni. Seronok tengok anak happy.

No comments:

Post a Comment