Klik Nuffnang Ads

Tuesday, May 17, 2016

TIPS HILANGKAN GIGITAN NYAMUK DI BADAN ANAK

1. Bawang Putih
Letakkan sedikit bawang putih segar pada kawasan gigitan nyamuk, biarkan beberapa minit sehingga rasa gatal hilang, kemudian basuh kawasan itu dengan air.

2. Ubat Gigi

Pepermint dalam ubat gigi menyejukkan kulit. Sapu sedikit ubat gigi pada kawasan gigitan dan biarkan sehingga ia kering, kemudian baru basuh dengan air.

3. Cuka
Cuka terbaik untuk digunakan adalah cuka sider epal. Rendam bebola kapas dalam cuka dan letakkan pada kawasan gigitan nyamuk. Selepas beberapa minit anda akan berasa lega.

4. Lemon
Perah sedikit jus lemon atau limau nipis terus ke kawasan gigitan. Cara ini dapat mengelakkan anda berasa gatal dan menyengat. Anda juga boleh sapu kulit lemon pada kawasan sengatan. Hasilnya tetap sama.

5. Madu
Sapu sedikit madu pada kawasan digigit nyamuk. Madu mengelakkan jangkitan dan mengurangkan sensasi kegatalan dan sengatan.

6. Aloe Vera
Pokok aloe vera memppunyai banyak kegunaan perubatan, dan ia sangat berkesan untuk mengurangkan simptom kesan gigitan serangga. Letakkan sedikit gel aloe vera atau daun aloe vera pada kesan gigitan. Ia bukan sahaja mengurangkan rasa gatal, tetapi ia turut mempercepatkan proses penyembuhan kulit.

1 comment: