Klik Nuffnang Ads

Thursday, September 15, 2016

APA YANG AKU MAKAN, MINUM DAN AMALKAN KETIKA MENGANDUNG KALI KEDUA

panjang tajuk kali ni. macam biasa la, masa mengandung pertama pun aku ada tulis entry macam ni. saja untuk rujukan aku di masa akan datang. dan ala-ala bahan uji kaji aku untuk diri sendiri.

Trimester pertama
-aku alahan dari minggu kelima. setiap minggu aku akan mc atau cuti sehari.
-memang bau-bau busuk ke wangi ke aku tak boleh bau. pening.
-tak boleh nak memasak
-baring tidur nangis je. 
-tapi sebab dah ada anak sulung nak tak nak kene lagi tabah la untuk uruskan anak sebab kadang-kadang laki aku takde kat rumah.
-makan pil hospital pun tak teratur
-gosok gigi pun boleh mual
-guna pencuci muka pun mual.
-makan lalu tak lalu je.
-masa ni la aku bau daun ketumbar, daun sup dan taucu tu busuk gila. aku memang tak sentuh 3 benda ni sampai sekarang. 

Trimester kedua
-keadaan bertambah ok.
-aku dah boleh masak sikit-sikit.
-aku minum susu farm fresh 
-rajin makan sayur, buah betik, tembikai, minyak zaitun (nak elak sembelit)
-pati gulsan delima tu kalau aku ingat, aku makan la. aku rajin baca al-waqiah.
-tapi sebab kene urus anak, banyak benda kadang-kadang aku lupa nak buat. macam mengaji atau jaga kesihatan diri sendiri. nak cakap-cakap dengan baby pun lupa. busy dengan real life kononnya.
-aku ambil pil kalsium blackmores
-dah boleh makan dan gosok gigi
-mandi pun rajin. kalau mengandung anak pertama dulu, aku malas mandi. macam takut nak kene air.
-yang best, time ni takde jerawat kat muka aku. tapi tak berseri juga muka aku tengok.
-berat badan naik. kene minum air gula awal. tapi tiada kencing manis pun. HB pun ok. Kadang2 HB aku tak stabil.
-aku tak suka pakai bedak kat muka. perfume mahal aku pun aku tak suka pakai.

Trismeter ketiga
-waktu puasa weh. aku puasa dengan gigihnya.
-tapi bila salah makan, aku mudah cirit birit dan muntah-muntah
-susu farm fresh, pil kalsium aku ambil macam biasa.
-disebabkan puasa, aku jadi sembelit teruk seminggu sebelum raya.
-emosi terganggu habis. pegi klinik ambik ubat sembelit.
-lepas sembelit ok, aku demam pula. banyak hari aku tinggal puasa. berat badan turun
-sehari sebelum raya, aku kene gatal badan pula. susah nak tidur malam. sapu calamine lotion dan garam kunyit je. sebab klinik pun dah tutup time raya ni.
- time raya kali ni rasa tak seronok sangat sebab aku sakit perut cirit birit dan gatal-gatal badan. sedih betul. tunggang langgang suasana raya anak aku.
-pegi keje pun suami aku amik dan hantar. time dia takde, aku doa sangat takjadi apa2 kat aku tengah jalan.
-makan pati delima gulsan dan minyak zaitun pun tak teratur sebab asyik lupa.
-yang pasti sepanjang mengandung kali ni aku tak pernah miss makan ubat klinik.

No comments:

Post a Comment