Klik Nuffnang Ads

Sunday, September 25, 2016

Resepi Makanan bayi 6 bulan dan 7 bulan

puree epal merah
-sebiji epal merah dicuci bersih dan dibuang kulit.
-belah dadu
-stimkan guna pengukus.
-pengukus tak kisah jenama apa. Guna rice cooker yang ada bekas untuk mengukus pun boleh. (Aku guna electric food steamer)
-lepas sudah kukus, kisar halus
Guna blender. Aku guna handblender jenama philips. Blender biasa pun boleh.

Puree pisang
-sebiji pisang emas
-lecek@lenyek guna sudu je.
Tak perlu dikukus.
-tak perlula nak frozenkan.

Puree avocado
-pilih avocado yang betul2 masak. Kulit berwarna coklat.
-belah dua. Korek isinya guna sudu
-isi tersebut dilecek dalam penapis supaya lebih halus sebab avocado ni ada lapis rerambut.
-isi tersebut digaul bersama susu ibu.
-dah boleh makan. Tak perlu dikukus.

Puree labu
-potong dadu labu kuning.
-stimkan sampai lembik
-blender biar halus.
-dah boleh bagi anak makan


Bayi 7 bulan

A.
-bubur nasi menggunakan beras perang atau beras siam
-puree kismis
-puree carrot
-gaul rata dan kisar halus bubur tersebut

B.
-barli direbus empuk kemudian dikisar halus
-puree kurma
-puree peach (cara buat sama macam buat puree yang lain)
-gaul rata semua bahan diatas
 -sedia untuk dimakan.


*Kenapa orang suruh guna teknil 4hari berturut bagi makan makanan yang sama?
#sebab nak kesan alaham atau ketidak sesuaian makanan tersebut pada anak anda
Dalam 24@48jam lepas bagi makan, ada tanda-tanda kemerahan pada kulit ke, perut kembung ke cirit birit ke sembelit ke. Boleh la tukar menu lain.


No comments:

Post a Comment