Klik Nuffnang Ads

Sunday, November 19, 2017

CLINIQUE BEYOND PERFECTING FOUNDATION & CONCEALER REVIEW

kalau dalam instagram dan youtube ada review versi video, but now me nak review versi tulis dan baca pula. ala-ala membaca novel gitu!


me guna hampir dua bulan dah.
beli di sephora
RM152 @ 30 ml
didatangkan di dalam botol kaca.
cuma perlu dap dap je. macam dap dap lip gloss. then ratakan ke seluruh pelosok muka.
sebelum aku beli, aku minta tunjuk ajar promoter dekat sephora tu. warna mana yang sesuai untuk kulit aku. mujur la range warna dia tak banyak macam foundation fenty beauty tu.
so aku tetapkan pendirian untuk beli warna natural.
ringkas dan mudah nak guna walaupun botol berat sikit sebab botol kaca kan. mungkin juga aku yang mengada malas bawa botol kaca. taktau la. hah!
bila pakai tu rasa ringan dan tak bercapuk-capuk. natural persis no makeup, makeup gitu.
lepas tu aku dap dap kan loose powder nak bagi kemas sikit.
nak tanggalkan pun mudah. takperlu tonyoh muka sampai nak tercabut kulit muka tu.

kebarangkalian untuk repeat pembelian?
semestinya YA.
.
.
.
.


tapi sebenarnya aku teringin beli cc cream IT Cosmetic dekat sephora tu ha...
tengok la macam mana nanti.




Tuesday, November 7, 2017

Zaskia pun pakai Cetaphil Lotion

ok ini bukan iklan berbayar tau. aku suka buat review kalau barang tu memang patut disebarkan kebaikkannya ke sekian alam. wah gitu!

aku sebenarnya taktau zaskia (anak aku yang kecik ni) ada eczema ke apa. tapi macam ruam-ruam gatal je kat celah pelipat tangan dan bontot dia. zaskia ni pulak pantang aku lambat pakai seluar dia je, mula la nak garu bontot dia. geram betul aku. bila dah siap pakai seluar takde pulak dia nak garu bontot dia tu. mula-mula aku sapu lotion pink je. tapi tengok masih sama beruam juga pelipat dan bontot dia tu. sapu krim putih apa tah aku dapat dekat klinik pun tak jalan. lepas tu aku tanya nurse klinik nak pakai apa lagi, nurse syorkn beli cetaphil. aku tengok dekat watson dan caring farmasi macam mahal je. so suami aku beli dekat shopee. murah la sikit! kita kene jadi pengguna bijak uols!

bermulalah kisah pengunaan cetaphil baby pada badan zaskia. setiap kali lepas tukar pampers dan mandi je memang aku sapu lotion ni dekat dia. nampak juga la perubahannya. kulit die yang beruam tu lebih moist dan tiada lagi kemerahan. bau lotion ni pun sedap je. soft baunya. so aku sangat la recommended pada sesiapa yang ada baby dengan masalah ruam panas. kalau dulu kulit zaskia kering dan dia suka garu pelipat tangan dia time menyusu, sekarang tidak lagi.

jadi aku rasa korang yang baca sini pun patut beli juga. yang pasti lotion ni paraben free. sapu kat muka baby pun selamat uols!


Saturday, November 4, 2017

koleksi lipstik dari artis Malaysia

1. shade dough lip bait by hanis zalikha

2. zyalipcream by zara zya

3. NZRA lipstick by Ummi Nazeera


4. MORA Cosmetics by Mira Filzah


5. Fara Lip Butter by Farahanim Razak 
(pengacara tv ALHijrah@model)

6. SimplySiti by Siti Nurhaliza

7. Madame Izara by Izara Aishah


aku saja nak buat list macamni. tapi aku takpernah cuba pun jenama-jenama di atas. suka tengok kotak dan gambar presentation dalam ig diorang. nampak cantik dan rasa nak beli. tapi aku tak beli-beli pun. sebab aku suka beli lipstik dekat kedai. boleh cuba-cuba. macam sephora ke watson ke. ada lagi ke artis yang ada lipstik sendiri yang aku tertinggal? Sendu atau tidak seseorang artis itu tak bermakna mereka takmampu ada bisnes sendiri. Gitew!


teringin beli fenty beauty dari rihanna tapi pegi sephora haritu habis la pulak!

Wednesday, October 18, 2017

cheesy mushroom chicken puff pastry recipe

hello mother-mother!

"Kawan-kawan semua jom menari bersama"
-didi and friends-

ingredients:
-Sebiji bawang holland dipotong dadu.
-3 sudu besar majerin@planta
-isi ayam segenggam
-satu blok cream cheese
-sebatang lobak merah dipotong dadu.
-cendawang butang setin @ cendawan butang cari bahagian sayur2 di pasaraya
- beli kulit pastri jenama kawan di bahagian frozen food pasaraya. Ada 10 keping tau.

Lets go to c.o.o.k babeh!

1. Panaskan 3 sudu majerin dalam kuali
2. Kacau goreng isi ayam Bersama majerin tadi.
3. Masukkan bawang holland yang sudah dipotong dadu.
4. Cuci bersih cendawan butang dan potong dadu.
5. Masukkan cendawan butang tadi dalam kuali berisi ayam.
6. Masukkan pula lobak merah yang sudah dipotong dadu.
7. Kacau rata biar lembut dan masak sekata.
8. Masukkan pula cream cheese dalam kuali tadi.
9. Kacau sekata. Memang akan jadi likat.
10. Letak sesudu besar inti yang telah dimasak tadi ke atad kulit pastri.
11. Balut ikut kreativiti sendiri.
12. Letak telur supaya pastri tadi melekat.
13. Bakar dalam suhu 120° bersamaan 20 minit.



Sedap wei. Budak2 mesti suka sebab ada keju.


Monday, October 16, 2017

petua banyakkan susu tanpa kos yang banyak

bahan-bahan:

  •  satu sudu besar halba (boleh google image kalau tak kenal) 
  • 5 biji kurma merah kering
  • 5 biji longan kering
  • seinci halia diketuk atau hiris (buang angin dalam badan)
  • seliter air masak
  • 3 biji buah manjakani (merapatkan keintimanmu gitew)


cara buat
- cuci bersih semua bahan di atas.
- satukan kesemuanya di dalam periuk.
- didihkan di atas api.
- biar 10 minit atau hingga kepekatan yang diingini.
-siap.

ikut suka nak minum time bila. aku biasa habiskan dalam sehari je. buat pada hujung minggu. ikut kerajinan.

bahan-bahan tersebut boleh didapati di aeon big bahagian rempah ratus.

Thursday, August 31, 2017

Kerabu Megi ala Yum Mama Boat Noodle

Bahan bahan (untuk 2 orang)

1. 2 bungkus Megi jenama serda
(rujuk gambar di bawah)

2. Setangkai daun ketumbar dihiris

3. 3 ekor sotong dipotong (boleh tukar dengan isi ayam atau sosej atau udang)

4. Cili padi 4 tangkai (apa perkataan yg sesuai tah) potong halus

5. Sebiji bawang holland dihiris nipis

6. 2 biji tomato dihiris kasar

7. Garam dan gula secukup rasa

8. 2 biji limau nipis.

Cara buat:

- rebus megi serda dalam air panas, biar 2-3 minit.

- sotong rebus di atas api dapur
Dah masak boleh toskan dan masuk dalam mangkuk

-hiris cili padi, daun ketumbar, bawang holland dan tomato. Kesemuanya di satukan kedalam mangkuk. (Bahan A)

-potong limau nipis dan ambil perahan limai nipis tersebut dan masuk dalam mangkuk yang sama bahan (A)

- megi serda yang telah ditoskan juga masuk dalam mangkuk bahan (A)

- masukkan perencah megi serda dan sedikit garam dan gula.

- gaul rata kesemua bahan dalam mangkuk tersebut.

- sedia untuk dimakan.



Ni kerabu megi yang dah siap


 Saja nak tayang mangkuk viral beli dekat central market, kl.


Ni rupa megi serda. Kalau guna megi jenama lain, aku tak tahu rasa macam mana.


Daun ketumbar la yang buat rasa die aum aum ya!


  Ni gambar dekat kedai pinggan mangkuk viral tu. 
Harga pinggan mangkuk serendah rm2 hingga ke rm50 je uols!


Nice dan penuh warna warni. Rasa nak beli banyak2 letak dalam almari buat hiasan. Kedai pinggan mangku viral ni terletak di luar central market. (Pintu depan CM tau) Sebelah kiri. Depan kedai ni ada jual sate. Rm10 untuk 6 cucuk (sate ayam, daging dan kambing) sedap juga.

Tuesday, August 29, 2017

CARA BUAT AYAM GORENG YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN
1. ISI AYAM DIPOTONG KECIL
KENAPA POTONG KECIK, SEBAB SENANG ANAK-ANAK NAK NGAP.
2. SESUDU KECIK SODA BIKARBONAT
3. SESUDU KECIK GARAM
4. 3 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
5. SEPEKAT KECIK SERBUK KARI
6. SECAWAN TEPUNG GANDUM
7. SEBIJI TELUR

CARA BUAT
-MASUK DALAM BEKAS DAN GAUL RATA SODA BIKARBONAT, GARAM, SERBUK KARI, TEPUNG JAGUNG DAN TEPUNG GANDUM.
-PANASKAN MINYAK MASAK DALAM KUALI
-CELUP ISI AYAM TELUR
-GOLEK-GOLEKKAN ISI AYAM YANG DAH DICELUP TELUR TADI KE DALAM BANCUHAN TEPUNG GORENGAN.
-GORENG SAMPI GARING DALM KUALI.
-AUMM...SEDIA UNTUK DIHIDANG.


RASA MACAM AYAM GORENG DEKAT PASAR MALAM TU UOLLS!


Saturday, March 18, 2017

Mengatasi nipple crack ketika mengepam susu



Didatangkan dalam saiz comel.
Dekat guardian dan watson alamanda takde jual uols! Cari di farmasi. Rm25.++
Bau sedap. Bau koko. 

Thursday, February 16, 2017

Resepi Pankek Gebu untuk Toddler

Bahan:
Secawan tepung gandum
Sesudu teh baking soda
Sesudu teh baking powder
(Saiz sudu macam sudu kfc)
Secubit garam
Dua sudu besar gula
Sebiji telur (gred apa yg ada dlm peti ais je)
Dua sudu besar minyak masak atau minyak jagung (salah satu je)
Secawan susu segar atau susu cair atau air (salah satu je)

Cara buat:
-Tepung diayak terlebih dahulu (xnak pun xpe tapi tak gebu la)
-Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas
-kacau laju2 guna garfu atau senduk
-panas kan kuali non stick. Wajib guna kuali non stick baru jadi.
-tuang sesenduk adunan dalam kuali, ratakan.
-tunggu hingga nampak gelembung2 tanda bahagian bawah dah masak.
-terbalikkan pankek dan biar masak sekata.



Yang ini aku letak hirisan pisang


 Ini pula aku letak coklat chip


Biar ada gelembung macam ni baru terbalikkan.


 Tadaaa....


Yang ni gabungan pisang dan coklat chip.


Nampak tak gebu di dalamnya. Lembut hingga ke petang iols!!